fbpx

TOP lengkapi murid tahun satu dengan keperluan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada murid tahun satu gembira menunjukkan barang persekolahan yang diterima daripada baru-baru ini.

PETALING JAYA – Prihatin dengan isu kemiskinan yang membelenggu warga kota yang menetap di flat kos rendah Projek Perumahan Rakyat (PPR), Southern Lion Sdn. Bhd. (Southern Lion) pengeluar jenama serbuk detergen TOP telah menganjurkan kempen dana amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP.

Kempen yang dijayakan bersama Mydin itu telah melengkapkan seramai 200 murid tahun satu daripada keluarga miskin yang menetap di flat PPR di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang dengan pelbagai barangan untuk memulakan persekolahan pada sesi 2023/2024.

Pengurus Besar Kanan Southern Lion,  Carmen Foo berkata, melalui kempen tersebut, sebahagian jualan daripada produk detergen TOP terpilih di pasar raya Mydin di seluruh negara bermula 15 Disember hingga 15 Julai  itu akan disalurkan kepada kumpulan sasaran.

Kelengkapan yang disediakan untuk setiap murid adalah pakaian seragam, kasut dan stoking sekolah, set alat tulis, kotak pensil dan pensil warna. 

“Persediaan kembali ke sekolah bagi seorang pelajar mampu memberi kesan kepada perbelanjaan keluarga ini. Namun demikian, pendidikan juga menjadi aspek penting dalam memastikan kanak-kanak terlibat keluar daripada kitaran kemiskinan. 

“Mempunyai kelengkapan kembali ke sekolah yang serupa dengan pelajar lain mampu memotivasikan mereka untuk mencapai kecemerlangan. Inilah sebab kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP menarik perhatian dan menerima sokongan rakyat untuk golongan yang memerlukan bantuan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Sejak diwujudkan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah memberi manfaat kelengkapan kembali ke sekolah kepada 3,206 pelajar daripada 97 komuniti di seluruh negara, pada masa sama menyumbang produk-produk detergen TOP kepada keluarga dan penjaga mereka.

Sementara itu, TOP baru-baru ini telah memperkenalkan rangkaian TOP Colour Signature yang terdiri daripada serbuk detergen premium Super Colour dan cecair detergen premium Colour Protect dengan teknologi terkini 5D Colour ProTech yang membenarkan pengguna mencuci ke semua pakaian mereka sekali gus dengan penuh yakin kerana warna pakaian tidak akan turun dan menjejaskan pakaian lain. 

Ia juga memastikan warna pakaian terus cerah berseri dan pakaian berwarna gelap kekal gelap.

Rangkaian terbaharu ini turut mencegah fabrik daripada kelihatan lusuh lebih awal dan memastikan ia sentiasa kelihatan baharu. Ini seterusnya membantu memanjangkan hayat pakaian dan menggalakkan kehidupan yang lestari. 

Dalam pada itu, setiap keluarga yang terlibat dalam program Cerahi Kehidupan Bersama TOP akan menerima pek 2.1kg serbuk detergen TOP Super Colour dan sebuah dispenser detergen boleh diguna semula. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI