fbpx

Jatuh ‘saham’ selepas kahwin? Reen Rahim tak risau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEN RAHIM

KUALA LUMPUR – Bakal bertukar status daripada bujang menjadi isteri orang, pelakon Reen Rahim tidak perlu berasa takut berdepan era kejatuhan atau turun ‘saham’ yang selama ini sering dikaitkan dengan status perkahwinan bagi seseorang selebriti wanita.

Menurut wanita berusia 34 tahun itu, kebimbangan tentang perkara tidak seharusnya menjadi isu memandangkan semua peluang yang diraihnya selama ini sudah diaturkan Tuhan sebaik-baiknya.

Reen atau nama penuhnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berkata tidak wujud istilah bimbang tidak laku selepas bergelar isteri memandangkan dirinya sentiasa yakin dengan rezeki dan kerja kuat demi minat mendalam terhadap karier lakonan.

“Saham jatuh? Saya tidak takut atau risau mengenai hal tersebut.

“Saya tetap percaya dengan rezeki Allah SWT. Selama ini pun tawaran berlakon memang sentiasa ada dan Tuhan aturkan semuanya dengan cantik,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Mengulas mengenai sama ada dia akan meletakkan syarat mahupun limitasi dalam lakonan selepas berkahwin, Reen menjelaskan perkara itu sudah lama dipraktikkannya sebelum ini.

“Dia tidak letak syarat pun tetapi sebagai istei saya perlu faham-faham sendiri mengenainya.

“Ketika masih bujang pun memang saya menjaga apatah lagi selepas bernikah dan perkara itu akan diteruskan.

“Bagi adegan bersentuhan, semuanya terpulang kepada drama lakonan saya. Hakikatnya drama sekarang sudah kurang dengan babak sebegitu, banyak yang tiada bersentuhan pun,” ujarnya

Pernah memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini, bintang filem Syif Malam Raya itu bagaimanapun kekal dengan pendekatan tidak mendedahkan tarikh pernikahannya dengan jejaka dikenali sebagai Mr. H.

Katanya, keputusan tersebut bukan untuk mencipta kejutan sebaliknya dilakukan atas permintaan keluarga.

“Tiada niat nak buat kejutan tetapi semuanya atas permintaan keluarga.

“Insya-Allah saya akan berkongsi berita gembira itu nanti dengan peminat,” ujarnya lagi.

Pada 8 Disember lalu, Reen menerusi sebuah sidang akhbar khas mendedahkan bakal mengakhiri zaman bujang dengan jejaka hujung bulan ini.

Mereka yang sudah bertunang pada Ogos lalu itu turut mendapat pelbagai jenis tajaan yang keseluruhannya berjumlah RM15 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI