fbpx
VIETNAM terus membuktikan kejaguhannya di pentas Asia Tenggara apabila mengesahkan Kejuaraan B-17 Asean buat kali keempat. - FAM

Kejuaraan B-17: Vietnam muncul juara atasi Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hajat skuad bawah 17 tahun (B-17) negara lunas dendam terhadap Vietnam tidak terlaksana apabila tewas 0-3 pada aksi final Kejuaraan B-17 Asean di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, sebentar tadi.

Keputusan ini mengekalkan rekod bersih Vietnam yang menang dalam dua pertemuan sebelum ini iaitu pada pusingan kelayakan Piala Asia B-17, November tahun lalu dan perlawanan peringkat Kumpulan A Kejuaraan B-17 Asean, 13 April lalu.

Kemenangan itu mengesahkan kejuaraan keempat buat Golden Star Warriors manakala ini adalah kali pertama Malaysia bergelar naib juara, gagal menyamai pencapaian muncul juara pada edisi 2013 dan 2019.

Vietnam memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila memperoleh gol pembukaan seawal minit ke-11 menerusi Quy Vuong Dao dan jaringan itu beri keselesaan buat skuad muda Golden Star Warriors untuk mengawal permainan di babak pertama.

Pemain negara kekal tenang dan berdisiplin melaksanakan tugasan bertahan malah penjaga gol negara, Adam Nurfakrullah Mohd Fadli juga cemerlang menafikan beberapa peluang terbaik Vietnam.

Skuad negara juga beberapa kali berjaya menguji pertahanan lawan namun Vietnam nyata lebih bertuah untuk mendapatkan gol kedua menerusi Van Duong Nguyen pada masa kecederaan.

Walaupun anak buah Shukor Adan mampu menyambung aksi dengan baik, Vietnam nyata pasukan yang lebih berkualiti apabila memperoleh gol ketiga, sekali lagi menerusi penyudah sempurna Van Duong pada minit ke-54.

Sekali pun sudah memiliki kelebihan tiga gol, Vietnam seakan tidak mengendurkan asakan namun beberapa peluang tercipta gagal menghasilkan tambahan jaringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN