fbpx

EPL: Guardiola pening pilih penyerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVAREZ (kiri) berjaya mempamerkan aksi cemerlang di Piala Dunia sehingga berjaya memastikan Argentina menjulang Piala Dunia pada edisi kali ini. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola dijangka berdepan masalah untuk memilih penggempur utamanya selepas ini apabila Julian Alvarez mempamerkan aksi cemerlang pada kempen Piala Dunia Qatar 2022.

Alvarez berjaya meledak empat gol sepanjang saingan ber­kenaan dan menjadi tonggak penting La Albiceleste muncul juara selepas menewaskan Pe­rancis pada aksi final awal pagi kelmarin.

Ketika ini, Guardiola lebih selesa menggunakan khidmat Erling Haaland yang sudah membuktikan keupayaan apabila meledak 23 gol dalam 18 perlawanan dalam semua kejohanan menjadikan Alvarez hanya pilihan kedua.

Pemain berusia 22 tahun itu hanya membuat tiga penampilan dalam kesebelasan utama City pada saingan Liga Perdana Inggeris setakat ini dan meledak tiga gol dalam 12 aksi bagi semua pertandingan.

Bagaimanapun, selepas aksi cemerlang dipamerkan, dia kini akan pulang ke Etihad dengan penuh keyakinan dan pastinya menuntut Guardiola untuk lebih kerap menurunkannya dalam setiap perlawanan.

“Mereka berdua (Haaland dan Alvarez) mampu turun untuk bermain bersama-sama. Jika kami menentang pasukan yang lebih bertahan, saya fikir menurunkan mereka adalah jalan terbaik. Pemain yang baik, mereka akan sentiasa boleh bermain bersama-sama.

“Jika kami bermain menggunakan bahagian sayap yang lebih ke dalam, saya fikir Alvarez mampu menjadi pelengkap buat Haaland, tetapi kedua-dua mereka tidak sesuai bersama jika kami menggunakan corak permainan terbuka.

“Saya fikir Alvarrez sudah boleh menyesuaikan diri dengan situasi berkenaan. Dia adalah seorang pemain yang baik kerana jika dia bagus di Argentina, dia juga akan bagi di England,” ujar­nya.

City ketika ini ketinggalan lima mata di belakang Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris dan mereka akan turun menentang Leeds United pada awal pagi Khamis nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI