fbpx

MAIPk terima bayaran zakat perniagaan, tanaman berjumlah RM6.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (kanan) berkenan menerima zakat daripada wakil Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak di Istana Kinta, Ipoh hari ini.

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan dan tanaman berjumlah RM6,288,359.24 daripada lima syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Kinta, hari ini.

Penyerahan didahului Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Yahanis Yahya menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM3,609,211.09.

Ia diikuti Felcra Berhad Wilayah Perak diwakili oleh Pengurus Besar Wilayah, Yusoff Razali dengan menunaikan zakat tanaman bagi musim 2/2021 dan musim 1/2022 berjumlah RM1,547,020.12.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Prosontech Sdn Bhd, Ahmad Razali Kamarulzaman menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM510,000.00.

Seterusnya, Koperasi Perladangan kawasan Bagan Datoh Perak Berhad menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM486,393.03 diwakili oleh Pengerusi Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak, Salleh Hudin Kamarudin.

Dalam majlis itu, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Khairuddin Tarmizi turut menyerahkan zakat berjumlah RM135,735.00. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI