fbpx
GAMBAR HIASAN

Sultan Nazrin perkenan 625 warga pendidik, guru sampaikan khutbah Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan 625 orang warga pendidik dan guru untuk menyampaikan khutbah Jumaat di negeri ini sempena Sambutan Hari Guru.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd. Annuar Zaini berkata, ia adalah bagi menghargai dan mengiktiraf peranan dan sumbangan penting warga pendidik kepada rakyat dan negara.

Beliau berkata, baginda memperkenankan warga pendidik dan guru diberikan penghormatan menjadi khatib jemputan untuk menyampaikan khutbah bertajuk Guru Berhikmah Membina Insan Sejahtera.

“Jabatan Pendidikan Perak telah mengemukakan 625 nama warga pendidik dan guru yang telah diangkat sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan.

“Ia mendapat perkenan baginda untuk menaiki mimbar membaca khutbah di 625 buah masjid dan surau diri Jumaat di seluruh negeri pada 15 Mei 2026,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Annuar berkata, susulan titah berkenaan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad akan mengetuai warga pendidik dan guru untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negeri Perak (Masjid Sultan Idris Shah II).

“Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan, Omar Salleh akan membaca khutbah di Masjid Sultan Azlan Shah di Ipoh dan Ustaz Samad Hassan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar,” katanya.

Baginda berkata, Sambutan Hari Guru Jabatan Pendidikan turut menganjurkan program pengimarahan masjid di Masjid Negeri Perak melibatkan 2,000 orang pelajar dan warga pendidik.

“Program motivasi kerohanian murid akan bermula pada pukul 10.20 pagi disusuli dengan acara bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat.

“Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak berkenan berangkat untuk menunaikan solat Jumaat bersama pelajar dan warga pendidikan di Masjid Sultan Idris Shah II hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN