fbpx

Banjir: KPDNKSH hantar bantuan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) menggerakkan bantuan “food bank” kepada mangsa banjir bermula hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, bantuan berbentuk makanan sedia masak itu bertujuan untuk mengurangkan beban mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.

“Kita akan fokus pada makanan yang sedia masak. Mereka (mangsa banjir) tidak ada masa untuk menjerang air dan sebagainya.

“Kita akan hantar bantuan dan ini saya akan umum peringkat demi peringkat supaya tanggungjawab kita untuk meringankan beban mangsa,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Salahuddin berkata, jumlah mangsa banjir akan diteliti bagi mengelakkan pembaziran memandangkan ada pihak lain seperti badan bukan kerajaan (NGO), syarikat dan orang perseorangan dijangka memberi bantuan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal kecuali berlaku peningkatan terhadap harga sayur-sayuran tempatan.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak menerima aduan mengenai pencatutan harga barangan buat masa ini, sebaliknya mendapat aduan mengenai kekurangan bekalan barangan di sesetengah kawasan.

Jelasnya, KPDNKSH telah mengerakkan pegawai penguat kuasa bagi membuat semakan dan rondaan.

“Pasar raya mengadakan kawalan dalaman nanti kalau letak longgok (bekalan) semula, dikhuatiri akan berlaku serbuan atau pembelian panik.

“Namun jika berlaku sorok atau mengaut keuntungan berlipat ganda, pegawai penguat kuasa akan mengambil tindakan serta-merta,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI