fbpx

Banjir: 26 jalan di Kelantan ditutup untuk laluan kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran simpang Kampung Repek, Pasir Mas ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami banjir. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Sebanyak 26 jalan termasuk laluan Kota Bharu ke Kuala Terengganu ditutup untuk laluan kenderaan selepas ditenggelami banjir.

Menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my setakat pukul 8 pagi tadi, empat jalan di daerah Pasir Puteh iaitu Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu di Bandar Lama, Jalan Pasir Puteh- Gong Kelih, Jalan Pasir Puteh- Semerak dan Jalan Pasir Puteh-Jelor sudah ditutup.

Sementara di Machang, laluan yang ditutup adalah Jalan Pangkal Meleret-Limau Hantu, Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata, Jalan Sungai Mati Kerawang di Pangkal Perahu, Jalan Kampung Pek- Paloh Rawa, Jalan Paloh Rawa-Belukar Panjang dan Batu 30, Temangan di Pangkal Chuit.

Tiga jalan di Tanah Merah iaitu Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh, Jalan Kampung Paloh-Bukit Panau-Bendang Nyior dan Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang sudah ditutup.

Selain itu, Jalan Nal Station dan jalan masuk ke Kampung Baru Pahi ditutup di Kuala Krai.

Di Pasir Mas, sebanyak 12 jalan ditutup iaitu Jalan Pengkalan Rakit – Batu Karang, Jalan Sekolah Gual Tok Deh, Jalan Tok Deh-Gual Periuk, Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang -Jeram Perdah, Jalan Kota Bharu – Pasir Mas – Rantau Panjang, Jalan Banggol Kulim – Rantau panjang, Jalan Bunga Raya dan Jalan Lubok Kiat – Kuala Kuau Jalan Sekolah Cina.

Selain itu, Jalan Tanah Merah – Lubok Jong, Jalan Bukit Tuku – Batu Hampar dan Jalan Kota Bharu – Pasir Mas – Rantau Panjang di Jambatan Lubok Jong turut ditutup di Pasir Mas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI