fbpx

Terus berdisiplin simpan duit dalam ASB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASB beri pulangan yang kompetitif walaupun dalam keadaan pasaran saham tidak menentu.

PETALING JAYA – Kebela­ka­ngan ini kita sering mendengar keluhan rakyat di media sosial yang terkesan dengan kenaikan kadar inflasi dan harga barang keperluan asas.

Hakikatnya, orang ramai dinasihatkan untuk membuat penyesuaian kepada perbelanjaan demi menjamin kelangsungan hidup.

Dalam masa yang sama, peruntukan wang untuk simpanan dan pelaburan juga perlu ada supaya orang ramai mampu untuk menghadapi kejutan inflasi dan lebih berdaya tahan di masa hadapan.

Keadaan ekonomi yang dialami sekarang ini juga dirasai oleh negara-negara lain disebabkan oleh ekonomi global yang tidak menentu, meskipun Malaysia mempunyai asas pertumbuhan yang kukuh.

Turut memberi kesan adalah kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) khususnya buat mereka yang mempunyai hutang dan pembiayaan yang tinggi, namun langkah yang diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ini perlu bagi mengekalkan kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang.

Hasil tinjauan dilakukan RinggitPlus Malaysia menunjukkan seramai tujuh daripada 10 rakyat Malaysia menyimpan kurang daripada RM500 sebulan.

Pada masa sama juga, 52 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas masih belum mula melabur.

Tinjauan itu turut menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia sedang bergelut dengan jumlah simpanan yang berkurangan apabila 63 peratus responden mengatakan mereka hanya mampu bertahan selama tiga bulan atau kurang dengan hanya bergantung kepada simpanan mereka.

Trend yang sama juga dilihat apabila 55 peratus rakyat Malaysia membelanjakan keseluruhan atau lebih daripada apa yang mereka perolehi setiap bulan pada asasnya bergantung dari gaji ke gaji untuk sara hidup.

Sehubungan itu, orang ramai perlu mengambil peluang untuk membuat penyesuaian gaya hidup di saat mengharungi inflasi dan ekonomi yang mencabar ini.

Walaupun semakin sukar, disiplin menyimpan perlu diteruskan mengikut kemampuan walaupun sedikit.

Pelabur boleh melihat kepada pilihan pelaburan yang selamat dan berisiko rendah untuk mengelakkan wang hilang atau kerugian modal.

Antara pelaburan yang memiliki ciri-ciri seperti itu ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji dan KWSP.

Walaupun pelaburan terdedah kepada turun naik pasaran, pelaburan menerusi ASB tetap memberi pulangan meskipun ketika krisis ekonomi melanda negara.

Wang yang disimpan dalam ASB boleh bertambah dengan kuasa kompaun jika dibiarkan tanpa sebarang pengeluaran.

Sekiranya terdesak pelaburan ini juga boleh membantu dalam masa kecemasan. Namun, setiap pengeluaran yang dibuat akan memberi impak kepada jumlah pulangan di masa hadapan, jadi perlu ada inisiatif untuk menambahnya kembali.

Kesimpulannya, walaupun dalam keadaan ekonomi mencabar orang ramai perlu lebih berhemah dalam mengawal perbelanjaan dan teruskan menyimpan duit dan melabur walaupun tahun 2023 mungkin akan lebih mencabar. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI