fbpx

Zarina Anjoulie mohon henti komen merapu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARINA meminta orang ramai jangan mengganggu kehidupan peribadinya bersama kekasih.

PETALING JAYA – Pelakon Zarina Anjoulie memohon netizen jangan mengganggu ketenangannya bersama kekasih dengan meninggalkan komen pelik dalam Instagram lelaki itu.

Pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu berkata, segala hantaran atau status dimuat naik olehnya dalam media sosial tiada kaitan dengan kekasih, sebaliknya mengenai rakan lain yang bersifat toksik.

Malah pada masa sama, Zarina berharap orang ramai tidak salah faham kerana hubungan mereka tidak bermasalah seperti dibayangkan pihak tertentu.

“Status dalam Insta Stories atau apa-apa perkongsian saya tiada kena-mengena dengan ‘bf’ (boyfriend), tapi berkenaan kawan toksik.

“Saya dan dia baik-baik saja. Jadi tak perlu komen merapu dalam media sosial dia walaupun saya tahu ada segelintir yang tak sabar tengok saya jatuh dan nak sangat kami bergaduh.

“Cukuplah, biarkan saya jalani hidup saya. Saya tak kacau sesiapa pun. Tolong biarkan saya bergembira dengan pasangan,” luahnya menerusi Insta Story.

Pelakon Mimpi Moon itu menzahirkan kekesalan berdepan gangguan sebegitu daripada sesetengah pihak yang seolah-olah enggan membenarkan dirinya mengecap bahagia.

“Biar apa pun keadaan masa lampau saya, tidakkah saya juga berhak merasai bahagia?” katanya lagi meluahkan perasaan sedih.

Sebelum ini, Zarina tidak mendedahkan perihal hati dan perasaannya walaupun dilihat akrab dengan seorang individu yang turut dikatakan guru renang anaknya.

Pada masa sama, dia turut memaklum setakat ini belum merancang mendirikan semula rumah tangga.

Malah tegasnya, identiti lelaki yang didakwa sebagai kekasihnya itu hanya bersandarkan tekaan netizen, bukan pengakuan daripadanya sendiri.

Begitupun, dalam kalangan peminat yang mengikuti TikTok lelaki dikenali sebagai DS Elzey meneka mereka sudah mendirikan rumah tangga.

Selain meletakkan tanda pagar #mywife dalam sebuah video, kebanyakan paparan gambar mahupun kemesraan mereka dilihat lebih daripada keintiman biasa.

Terdahulu, Zarina pernah melalui dua perkahwinan dan dikurniakan seorang anak lelaki, Martin Ezra Mikael yang kini berusia enam tahun dengan bekas suami pertama.

Pada Julai 2020, bintang sensasi berkenaan berkahwin kali kedua dengan Eilyas Azhar, namun dilaporkan bercerai dua kali pada Februari dan Mei tahun lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI