fbpx

Permuafakatan antara Gabungan selesai dimeterai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) bercakap pada sidang akhbar pada Majlis Menandatangani Permuafakatan Antara Gabungan di Bawah Kerajaan Perpaduan di sini tadi.

PUTRAJAYA – Parti-parti utama yang membentuk Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menandatangani perjanjian Permuafakatan Antara Gabungan di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Pemeteraian perjanjian tersebut yang merupakan julung kalinya dibuat adalah bagi memuktamadkan ketidaktentuan politik di Malaysia di bawah kepimpinan Anwar.

Perjanjian persefahaman tersebut dibuat adalah bagi parti-parti yang bersama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan menyatakan persetujuan terhadap gabungan berkenaan serta kepimpinan Perdana Menteri.

Hadir sama pada majlis menandatangani itu ialah Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Hajiji Noor.

Setiausaha Agung (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebelum ini dilaporkan berkata, beberapa siri perbincangan telah dilakukan oleh kesemua kepimpinan parti untuk menghasilkan perjanjian berkenaan.

Zambry berkata, pemeteraian ‘Perjanjian Gabungan’ itu akan meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Anwar melibatkan kerjasama Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GPS), Warisan dan beberapa parti lain.

Pemeteraian permuafakatan tersebut juga dibuat agar Sidang Khas Parlimen akan diadakan selama dua hari pada 19 hingga 20 Disember ini berjalan dengan lancar.

Antara agenda utama Sidang Khas Parlimen kelak ialah bagi memilih Yang di-Pertua Dewan Rakyat selain usul undi percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI