fbpx

NUTP, MyEzyCover jalin kerjasama strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Awang (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan Abu Kassim Mohamed (dua dari kiri) pada Majlis Pertukaran MoU antara NUTP dan A Tech di sebuah hotel di BandarHilir, Melaka.

MELAKA – Kira-kira 230,000 ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berpeluang memperbaharui insurans kenderaan mereka secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa faedah menerusi Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Penjawat Awam MyEzyCover.

Presidennya, Aminuddin Awang berkata, pihaknya bekerjasama dengan Tech Insure Sdn. Bhd. (A Tech) bagi membantu penjawat awam khususnya golongan guru yang mempunyai komitmen kewangan tinggi mengurangkan tekanan terutama ketika memperbaharui insurans kenderaan.

Menurutnya, inisiatif itu juga dapat dimanfaatkan hampir 400,000 guru di bawah Kementerian Pendidikan yang mana bayaran pinjaman berkenaan akan dilakukan menerusi Skim Potongan Gaji Angkasa.

“MyEzyCover akan menyediakan platform bagi ahli-ahli NUTP dan guru-guru memohon pembiayaan tanpa faedah untuk membeli insurans kenderaan.

“Di pihak NUTP pula kita akan menggunakan kekuatan keahlian untuk membuat hebahan melalui pelbagai saluran komunikasi supaya manfaat program ini sampai kepada semua penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara NUTP dan A Tech di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi MyEzyCover, Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed.

Sementara itu, Abu Kassim berkata, program MyEzyCover yang dilancarkan kerajaan pada 1 Julai lalu mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Katanya, usaha mempromosikan inisiatif tersebut akan dipergiatkan lagi agar manfaatnya sampai kepada semua penjawat awam.

“MyEzyCOver menyediakan platform digital sepenuhnya melalui laman sesawang www.myezycover.com untuk penjawat awam memohon pinjaman tanpa faedah bagi pembelian insurans kenderaan dan cukai jalan.

“Inisiatif tersebut merupakan yang pertama dilaksanakan di negara ini tanpa sebarang faedah dikenakan ke atas pinjaman,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI