fbpx

Jihad Pendidikan PPZ-MAIWP sumbang RM115,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul (duduk tiga kanan) bergambar bersama wakil-wakil penerima sumbangan PPZ-MAIWP kepada UTM pada majlis pelancaran Jihad Pendidikan di Masjid UTM Kuala Lumpur di sini hari ini. -Gambar FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Sumbangan sebanyak RM115,000 telah disalurkan kepada 200 mahasiswa asnaf melalui Program Jihad Pendidikan PPZ-MAIWP menerusi kerjasama Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL).

Pengerusi PPZ-MAIWP,Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, Program Jihad Pendidikan PPZ-MAIWP yang telah memasuki siri ketiga bersama institusi pengajian tinggi awam itu bertujuan menjaga kebajikan pelajar-pelajar asnaf agar dapat menimba ilmu sebaiknya selain dapat meningkatkan kesedaran menunaikan zakat dalam kalangan pendidik melalui potongan gaji.

“Kesedaran menunaikan zakat perlu dipupuk sedari awal lagi dan PPZ-MAIWP mengambil tanggungjawab itu dengan tidak melupakan institusi pendidikan tinggi untuk menjadi pemanfaat zakat melalui sumbangan pemegang wakalah.

“Projek Akhir Pengajian yang perlu disempurnakan oleh pelajar tahun akhir ini adalah penting untuk menentukan kejayaan mereka.

“Semoga dengan sedikit sumbangan ini menjadi suntikan kejayaan buat pelajar-pelajar asnaf dan seterusnya menyumbang semula sebagai pembayar zakat apabila sudah berkerjaya kelak,” katanya ketika merasmikan program tersebut di Masjid UTMKL di sini hari ini.

Katanya, PPZ-MAIWP melalui dana pemegang wakalah menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah RM200 dan pakej khas makanan kepada 200 pelajar asnaf.

Selain itu, sumbangan tersebut juga termasuk sumbangan kewangan bagi menyempurnakan Final Year Project (FYP) kepada 10 orang pelajar akhir tahun, Food Bank Masjid UTMKL dan Masjid UTMKL.

Tambahnya UTM telah menjalinkan kerjasama dengan pihak PPZ-MAIWP sejak tahun 2012 dan dieratkan lagi dengan pelantikan Pusat Islam UTM Kuala Lumpur sebagai Ejen Kutipan Zakat bagi pihak PPZ-MAIWP pada tahun 2018.

“Kerjasama berterusan ini dilihat sebagai satu kerjasama penting demi membantu penerima, terutamanya pelajar UTM dan kerjasama ini dijangka akan terus berkekalan di masa hadapan,” katanya.

Sempena program ini, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Sesi Santai Zakat, Wawancara bersama Pengerusi PPZ-MAIWP dan Zakat @ Personaliti bersama Perunding Imej Profesional, Muna Izzah Fadzli. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI