fbpx

Lengan berotot, amaran Zizan untuk dara, janda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENTUK fizikal Zizan Razak yang kini semakin kekar menarik perhatian ramai peminat dan rakan artis.

PETALING JAYA – Pelawak dan pengacara Zizan Razak mencuri tumpuan peminat dan juga rakan selebriti apabila memuat naik foto mempamerkan bentuk lengannya yang berotot.

Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam Instagram miliknya, Zizan atau nama lengkapnya Mohd. Razizan Abdul Razak, 38, memuat naik gambar sedang bergaya di hadapan cermin sambil menunjukkan bentuk lengannya yang berotot.

“Hati-hati dengan lengan yang bisa (boleh) menggoncang hati para janda dan dara,” tulis Zizan.

Hantaran dengan kapsyen mencuit hati tersebut sekali gus menarik perhatian bukan sahaja peminat, bahkan juga rakan selebriti.

Rata-ratanya seperti tidak percaya apabila melihat pelakon filem Abang Long Fadil itu yang sebelum ini dikenali kerana memiliki bentuk tubuh kurus kini kelihatan lebih kekar dan berotot.

“Alamak! Tengok badan dia. Macam mana buat?” soal pelawak Shuib.

“Gambar sunting, kan? Sebab tiba-tiba sado (berotot),” kata seorang pengguna Instagram.

“Steroid ni (suntik),” kata pelakon Yusuf Bahrin.

Pelakon, Sharnaaz Ahmad juga tidak ketinggalan meninggalkan komen dengan kata-kata positif apabila memberi semangat buat Zizan supaya berusaha lebih keras untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman setiap lelaki.

“Berlatih sampai jadi. Kau boleh!” kata Sharnaaz.

Sekadar info, menghampiri angka usia 40 tahun, Zizan sebelum ini pernah berkata, dia reda dengan takdir kehidupannya apabila masih belum bertemu jodoh sehingga sekarang.

Kata pelakon asal Terengganu itu, melihat beberapa kenalan wanita yang pernah dikaitkan dengannya kini sudah berumah tangga, turut membuatkan dirinya berasa bahagia.

Tidak menolak andai jodohnya hadir dari kalangan orang industri atau orang bukan popular, Zizan memberitahu, kalau memang tiada jodoh buatnya di dunia, tiada sebab dia perlu berasa tertekan.

Terdahulu, beberapa selebriti wanita popular tanah air pernah dikaitkan bercinta dengan Zizan antaranya Emma Maembong, Che Puan Juliana Evans dan Mira Filzah yang masing-masing sudah berumah tangga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI