fbpx

Luahan pembaca: Siasat dalang, bukan cari jalan mudah import telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Saudara pengarang,

Saya ingin memberi pandangan berhubung langkah kerajaan dalam mengenal pasti beberapa sumber dari luar bagi menampung keperluan telur ayam dalam negara. Tidakkah ia satu tindakan terburu-buru tanpa memikirkan kesan kepada rakyat dan pemain industri?

Kepada kerajaan baharu, bertindak dengan bijak dan buat siasatan terlebih dahulu kerana khabarnya masalah ini berlarutan hampir enam bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Begitu juga masalah minyak masak peket.

Bagi rakyat, mereka berharap kerajaan baharu dapat menyelesaikan masalah itu yang dilihat semakin hari semakin tidak dapat dikawal.

Jika kerajaan bercadang untuk mengimport telur, bermakna kerajaan baharu juga gagal dan kecundang dalam menyelesaikan isu bekalan ini apabila bertindak mudah dengan mengimport.

Sebelum ini akhbar banyak memaparkan masalah di sebalik kekurangan bekalan seperti ayam dan telur. Jadi kerajaan perlu menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dalangnya berbanding mencari jalan mudah dengan cara mengimport telur ayam.

Jika kerajaan mengimport, ini bererti ia mengancam penternak dan pengusaha ladang telur tempatan yang menjadi pembekal untuk sekian lama.

Selain itu, barangan import berbentuk makanan berpotensi mengancam keselamatan pengguna seperti mudah rosak, tamat tempoh dan juga barangan tiruan.

Maka, kerajaan perlu bertindak tegas dalam memastikan bekalan telur tidak dimanipulasi oleh pihak tertentu sebelum bertindak mengimport yang belum pasti terjaminnya terutama aspek kebersihan.

Sehingga kini, masalah bekalan makanan berlarutan dan kerajaan baharu ditagih untuk mencari jalan supaya rakyat tidak diheret sama dalam kemelut ini. Jika tidak, rakyat Malaysia terpaksa menghadapi krisis demi krisis dan tidak mustahil akan berdepan krisis makanan pula.

Telur Tembelang
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI