fbpx
Anggota bomba menjalankan siasatan di sebuah pondok pengawal yang terbakar di Taman Bayam Indah, Lunas pada malam semalam.

Dua mayat rentung dalam pondok pengawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Dua mayat ditemui dalam keadaan rentung di dalam pondok pengawal yang terbakar di Taman Bayam Indah, Lunas dekat sini malam semalam.

Difahamkan, mangsa ialah seorang lelaki berusia 45 tahun dan wanita berusia 25 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azuan Hamdan berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 10.54 malam semalam.

“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati kebakaran melibatkan sebuah pondok kawalan berukuran 1.5 x 2 meter sedang terbakar 50 peratus. Kejadian turut melibatkan dua mangsa rentung di dalam pondok tersebut,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pondok tersebut mempunyai pintu jeriji besi yang dikunci dengan rantai besi dan anggota terpaksa memotongnya untuk melakukan pemadaman.

“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari dalam pondok tersebut dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN