fbpx

Kereta api rempuh kereta di landasan, tiga terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA itu dirempuh selapas ia melanggar penghadang landasan kereta api. - Thaiger

BANGKOK – Sebuah kereta melanggar palang pengadang di persimpangan landasan kereta api sebelum dirempuh sebuah tren di wilayah Prachuap Khiri Khan, selatan Thailand, awal pagi semalam, lapor laman berita Thaiger.

Balai Polis Hua Hin menerima laporan mengenai kereta api yang merempuh sebuah kereta pada pukul 4 pagi (waktu tempatan) di daerah Hua Hin.

Polis, pekerja penyelamat daripada Unit Penyelamat Yayasan Sawang Hua Hin Thammasathan dan Ketua Stesen Kereta Api Nong Kae, Songyot Chankasorn kemudian bergegas ke tempat kejadian.

Pasukan itu menemui kereta api No. 86 dalam laluan dari Nakhon Si Thammarat ke Bangkok yang diletakkan di landasan dan sebuah sedan Mazda yang remuk sejauh 100 meter. Seorang lelaki yang cedera terperangkap di dalam kereta itu.

Polis turut menemui mayat anggotanya dari Balai Polis Hua Hin, Sarjan Mejar Vara di dalam kereta itu yang mengalami luka serius di mukanya. Mayat dua wanita ditemui di atas tanah berhampiran kereta itu.

Ketiga-tiga mayat dibawa ke Hospital Hua Hin untuk bedah siasat.

Pemandu kereta api memberitahu polis bahawa dia memandu dari Nakhon Si Thammarat dan menuju utara ke arah Bangkok. Ketika kejadian, dia melihat kereta Mazda itu merempuh melalui penghadang di persimpangan jalan.

Walaupun menyaksikan kejadian itu, dia tidak mampu menghentikan kereta api daripada melanggar kereta mangsa. –  Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI