fbpx

Zul Ariffin bukan hilang, tunai umrah lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUL ARIFFIN

BARU=BARU ini, peminat tegar Zul Ariffin tidak senang duduk apabila beberapa hari selepas pengumuman program Pencuri Hati, akaun Instagram aktor popular itu tidak aktif lagi.

Mereka yang perasan dengan ‘kehilangan’ lelaki yang menjadi rebutan 13 wanita dalam rancangan siaran saluran penstriman Viu itu sudah tentu tertanya-tanya, adakah ada kaitan dengan program sensasi tersebut?

Sebagai individu prihatin selain atas dasar tanggungjawab sosial, Mizz Lahar pun tumpang menyibuk mahu tolong mencari di mana pelakon Juang itu berada.

Pada Jumaat lalu ada juga yang terserempak dengannya di Encore, Melaka menghadiri Festival Filem Malaysia (FFM32), cuma tak sempat bertanyakan mengenai Instagramnya.

Belum habis siasatan, jejaka terhangat itu berkongsi video dan gambarnya di hadapan Kaabah, sekali gus mengesahkan ‘kehilangannya’ tempoh hari kerana mahu membuat persediaan mengerjakan umrah.

Hati Mizz Lahar yang berdegup kencang terus sejuk sebaik dapat tahu Zul Ariffin sudah berada di Tanah Suci dan selamat mengerjakan umrah.

MIZZ LAHAR: Teringat hebahan seorang wanita yang mahu membawa 400 individu terpilih termasuk artis mengerjakan umrah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI