fbpx
Takiyuddin.

Pas minta PM tunjuk bukti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA- Pas menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menampilkan bukti berkenaan dakwaan dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) yang datang daripada syarikat perjudian.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya juga amat kesal dengan tuduhan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu.

“Tuduhan tersebut langsung tidak berasas dan Pas menuntut Perdana Menteri PH memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut jika ada.

“Sekiranya gagal, Perikatan Nasional akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak-pihak yang memfitnah,” jelasnya dalam satu kenyataan sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR