fbpx

Hanya kebakaran kecil di bilik sampah – MOF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Unit Anjing Pengesan K9 dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan

PUTRAJAYA- Kementerian Kewangan masih menunggu laporan rasmi daripada pihak berkuasa terlibat berhubung insiden kebakaran yang berlaku di salah sebuah stor di bangunan kerajaan itu petang tadi.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesahkan berlakunya satu kebakaran kecil di bilik sampah yang terletak di Aras G, Blok Utara, Bangunan Perbendaharaan.

“Kebakaran kecil tersebut telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Putrajaya dan disahkan tidak merebak ke kawasan lain di Bangunan Perbendaharaan.

“Tiada kecederaan dan sebarang kerugian dilaporkan,” katanya tadi.

Terdahulu, JBPM Putrajaya mengesahkan berlakunya kebakaran di stor sisa pukal dan penyelenggaraan Bangunan Kementerian Kewangan hingga menyebabkan ruangan tersebut dipenuhi asap tebal.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 30 minit.

Susulan itu, Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Putrajaya dan Unit Pengesan K9 sedang melaksanakan siasatan bagi menyiasat punca dan anggaran kerugian disebabkan insiden itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI