fbpx

Anwar mula tugas Menteri Kewangan, hadiri taklimat pengoperasian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) tiba di Kementerian Kewangan kira-kira pukul 7.57 pagi tadi bagi memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan. - Foto FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memasuki pejabatnya di Kementerian Kewangan bagi memulakan sesi ‘clock in’ sebagai Menteri Kewangan selepas dilantik memegang portfolio itu pada Jumaat lalu.

Anwar dilaporkan tiba di Kementerian Kewangan kira-kira pukul 7.57 pagi dengan disambut pegawai kanan kementerian sebelum dijangka menghadiri taklimat pengoperasian selepas itu.

Sejurus tiba, Anwar turut meluangkan masa bermesra dengan kira-kira 100 kakitangan kementerian yang menyambut kehadiran beliau ke situ.

Sebelum ini, Anwar pernah memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun bermula tahun 1991 hingga 1998 menerusi pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI