fbpx

Lelaki meninggal dunia terjun bangunan Disneyland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI itu terjun dari bangunan tempat letak kereta Disneyland. - Jeff Gritchen/MediaNews Group/Orange County Register/ Getty

WASHINGTON  – Seorang lelaki berusia 50 tahun meninggal dunia akibat terjun daripada struktur bangunan tempat letak kereta Disneyland di California, Amerika Syarikat (AS) Sabtu lalu, lapor akhbar New York Post.

Insiden itu dilaporkan kepada polis sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan), demikian menurut saluran televisyen ABC 7.

Menurut saksi, pengunjung taman tema itu terpaksa berjalan kembali ke tempat letak kereta mereka kerana perkhidmatan trem dihentikan selepas polis tiba di lokasi kejadian.

Pejabat Koroner Daerah Orange turut bertindak balas ke tempat kejadian, kata polis.

Pegawai maklumat awam polis Anaheim, Shane Carringer memberitahu saluran berita Fox News Digital bahawa pejabat koroner telah mengumpulkan cebisan mayat dan menghubungi waris mangsa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI