fbpx

UNESCO iktiraf roti Perancis jadi warisan budaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak UNESCO menyenaraikan roti panjang Perancis atau lebih dikenali sebagai baguette menjadi warisan budaya negara itu. - Foto A

PARIS – Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memasukkan roti panjang yang dikenali sebagai baguette Perancis ke dalam status senarai warisan budayanya, lapor portal berita UPI pada Rabu. 

Baguette bukan sahaja roti tradisional di Perancis tetapi sejak sekurang-kurangnya 100 tahun ia kekal sebagai sebahagian daripada kehidupan harian di negara berkenaan. 

Sebanyak enam bilion baguette dijual pada setiap tahun di negara tersebut dan roti itu sering disubsidi oleh kerajaan.

Proses membuat baguette tertakluk kepada peraturan ketat di Perancis yang mana undang-undang pada tahun 1993, ia menetapkan bahawa semua baguette mesti dibuat di premis dan mengandungi hanya empat bahan iaitu tepung, air, garam dan yis.

“Ia meraikan keseluruhan budaya, ritual harian, elemen struktur hidangan, sinonim dengan perkongsian dan kemesraan,” kata Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay.

Bercakap dari Washington semasa lawatan ke Amerika Syarikat, Presiden Perancis, Emmanuel Macron memuji pengiktirafan UNESCO terhadap roti Perancis itu.

“Ini adalah sesuatu yang tidak dapat ditiru,” katanya seperti dilaporkan oleh AFP. – Agensi 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI