fbpx

Tiada keperluan Kampung Baru Cina jadi tapak UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

KUALA LUMPUR – UMNO menolak sekeras-kerasnya cadangan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming bagi mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan tidak ada sebarang keperluan ketika ini untuk menjadikan kampung tersebut sebagai tapak UNESCO.

“Hendak menjadikan tapak UNESCO bukanlah sesuatu yang mudah. Cadangan perlu dibawa ke Kabinet, perlukan perbincangan dan mungkin hingga ke Parlimen untuk diluluskan.

“Pendirian UMNO sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan ialah kita mesti saling hormat menghormati antara satu sama lain,” ulasnya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan,Setiusaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, walaupun tujuannya adalah untuk memperkasakan sektor pelancongan negara, tetapi UMNO berpandangan implikasi terhadap cadangan ini terlalu besar dan menyentuh kedudukan Melayu-Bumiputera secara tidak langsung.

Tambah Asyraf, cadangan seumpama tersebut hanya akan merosakkan keharmonian Kerajaan Perpaduan, mencetuskan polemik tidak perlu dikalangan rakyat, bahkan tidak selari dengan dasar Malaysia Madani yang dipelopori Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI