fbpx

DUN Selangor: Selangor belum cadang warta kampung tradisi jadi tapak UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rizam.

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor belum bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Rizam Ismail berkata, kerajaan negeri setakat ini tiada melakukan pewartaan tersebut.

“Namun, kerajaan pada masa depan terbuka sekiranya terdapat permintaan dan keperluan.

“Penelitian atau maklum balas daripada jabatan dan agensi berkaitan akan dibuat jika ada kampung tradisi yang dilihat layak memohon pengiktirafan berkenaan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Hulu Kelang) sama ada kerajaan negeri mahu menggazetkan beberapa kampung tradisional di UNESCO seperti cadangan melibatkan kampung baru.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sedang merangka rancangan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Cadangan bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan itu bagaimanapun dibantah pelbagai pihak.

Rizam yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar turut menegaskan ia hanya cadangan menteri dan belum dilaksanakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI