fbpx

Melaka terima peruntukan tambahan RM35 juta untuk TVET, tapak UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam negeri Melaka di MITC di Ayer Keroh, hari ini. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Melaka menerima peruntukan tambahan berjumlah RM10 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi memperkasakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Melaka telah membuktikan keupayaan dalam program tersebut selain berjaya menarik ramai pemain industri berasaskan TVET datang melabur ke negeri ini.

Beliau berkata, dana tersebut boleh digunakan oleh institusi TVET untuk bekerjasama dengan lebih ramai pemain industri.

“Melaka menunjukkan keupayaan TVET dan saya mencadangkan agar hubungan TVET ini dengan pihak industri dipertingkat, ini bagi memastikan anak-anak yang belajar dalam bidang ini bukan sahaja mendapat pekerjaan, bahkan memperoleh kadar upah yang lebih tinggi iaitu mencapai RM3,500 hingga RM5,000 sebulan.

“Jadi, untuk maksud ini, saya meluluskan peruntukan khas RM10 juta untuk Negeri Melaka bagi mempergiat sinergi di antara institusi TVET dengan pihak industri,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Anwar, peruntukan sebanyak RM25 juta turut diberikan untuk tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Peruntukan warisan tapak UNESCO yang ada kaitan dengan keperluan Melaka sebagai warisan sejarah penting, selain tarikan pelancongan yang mempunyai hubungan istimewa dengan China,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, sebanyak RM238.7 juta disalurkan kepada Melaka pada tahun ini berbanding RM233.6 juta pada tahun lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI