fbpx

Berhabis RM100,000 beli basikal klasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini menunjukkan sebahagian daripada 12 basikal posmen yang dimiliknya ketika ditemui di Taman Rambai Permai, Bukit Rambai, Melaka baru-baru ini.

MELAKA – Nostalgia menunggang basikal tua ketika remaja mendorong seorang bekas tentera mengumpul pelbagai koleksi basikal klasik dan antik yang amat sukar didapati pada masa kini.

Zaini Omar, 49, yang menetap di Taman Rambai Permai di sini berkata, dia sanggup membelanjakan wang simpanannya sehingga mencecah RM100,000 semata-mata untuk membeli koleksi basikal yang popular antara tahun 1930 hingga 1960.

Katanya, hobi itu bermula sejak 1995 dengan hanya membeli dua buah basikal dan minatnya itu kian mendalam selepas bersara pada 2014.

“Mula-mula saya hanya beli dua basikal antik tetapi minat saya untuk memiliki lebih ba­nyak basikal klasik bercambah bila berhijrah ke Melaka.

“Sejak itu, saya mula membeli pelbagai model basikal lama dengan harga antara RM1,200 hingga RM7,000 sebuah. Sebahagian daripada duit gaji dan bonus yang dikumpul itulah saya gunakan,” katanya.

Tambahnya, kini dia memiliki lebih daripada 50 model basikal klasik dan sering menyertai pelbagai kayuhan klasik yang diadakan di seluruh negara setiap bulan.

Ujar Zaini, dia memiliki pelbagai model basikal klasik antara­nya daripada jenama popular yang dihasilkan di England se­perti Raleigh, Rudge Whitworth, Hopper, Birmingham Small Arms dan Chopper.

Selain itu, dia turut mempunyai 12 buah basikal posmen mengikut spesifikasi Malaysia dan United Kingdom keluaran 1938 hingga 1960.

“Paling unik adalah sebuah basikal klasik model Butcher pada 1941, saya anggap paling berharga daripada koleksi yang dimiliki.

“Basikal ini susah untuk diperoleh di pasaran tempatan kerana keunikannya, ia digunakan oleh tentera British yang dibawa menggunakan payung terjun, dahulu harganya RM7,000 tetapi kini melambung sehingga RM15,000,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI