fbpx

Nafas tekad lahirkan 500,000 Peladangnita, 200,000 Peladang Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haslina beramah mesra dengan peserta selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 di Hotel Everly, Putrajaya, hari ini. FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) berhasrat untuk melahirkan kira-kira 500,000 Peladangnita selain 200,000 Peladang Muda dalam tempoh tiga tahun lagi.

Pengerusinya, Datuk Zamri Yaakob berkata, sasaran itu ditetapkan memandangkan sektor pertanian kini dilihat mampu menjana sumber pendapatan lumayan.

Beliau berkata, pihaknya mahu menggalakkan golongan muda menceburi sektor pertanian terutama bagi lepasan graduan universiti.

“Sektor pertanian kini mampu menjamin masa depan dan ia bukan seperti dahulu lagi kerana kami melihat peladang mampu meraih pendapatan lumayan sekitar RM10,000 ke RM20,000 sebulan.

“Pengenalan Peladangnita dan Peladang Muda ini satu langkah baik malah, kami turut minta kerajaan beri sokongan kepada kelompok ini dari segi kewangan dan pelbagai bantuan lain.

“Buat masa ini, kami mula turun ke unit-unit Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri bagi menggalakkan usahawan dan peladang menyertai Peladangnita dan Peladang Muda ini,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kali ke-49, hari ini.

Katanya, pihaknya turut menggalakkan anak-anak ahli LPP untuk menjadi ahli LPP supaya mereka dapat akses kepada pelbagai kursus dan bantuan yang disediakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI