fbpx

Wanita dakwa diperkosa hilang selepas buat laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Seorang wanita yang mendakwa diperkosa lelaki tidak dikenali menghilangkan diri selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kajang pada 5 November lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, susulan kes rogol berkenaan, pihaknya telah mengesan satu ciapan pengguna bernama Jenny di Twitter pada pukul 11 malam semalam.

“Seorang wanita warga tempatan berusia 20 tahun yang juga seorang peniaga telah tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang kira-kira pukul 7.39 malam.

“Dalam laporan, mangsa mendakwa dirinya dirogol dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah apartment di Jalan Jalan Lee Woon Taman Zooview Ampang pada 11 Oktober lalu sekitar pukul 10 malam.

“Mangsa juga difahamkan pengsan selepas diberi minuman perisa Epal oleh seorang lelaki yang tidak dikenali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Farouk, pihaknya dalam usaha mengesan mangsa yang telah menghilangkan diri selepas laporan dibuat dan pengadu juga gagal dihubungi.

“Alamat yang diberikan oleh pengadu dalam laporan polis juga tidak wujud.

“Kami memohon kerjasama daripada pemilik Twitter berkenaan untuk hadir ke Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya untuk memberi keterangan lanjut,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut menasihati masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI