fbpx

Dua beranak nyaris rentung, bilik terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang mangsa mengalami cedera ringan selepas kediamannya terbakar di Jalan SM9, Sunway Batu Caves, di sini, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Dua beranak nyaris rentung selepas sebuah bilik di kediaman mereka di Jalan SM9, Sunway Batu Caves, di sini terbakar pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 16 anggota bersama empat jentera dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 8.58 pagi.

Katanya, laporan awal di lokasi mendapati kebakaran 20 peratus melibatkan sebuah bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat.

“Terdapat seorang wanita tempatan berusia 61 tahun melecur di tangan dan diberikan rawatan awal oleh anggota bomba.

“Seterusnya, seorang lagi wanita tempatan berusia dalam lingkungan 20-an cedera ringan dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Norazam, operasi pemandaman menggunakan kaedah pancutan air engan dibantu Pasukan Bomba Sukarela Gombak.

Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI