fbpx
ARGENTINA bangkit meraih kemenangan menewaskan Mexico selepas dikejutkan dengan kekalahan kepada Arab Saudi sebelum ini. – AFP

Piala Dunia: Messi ‘larang’ pemain Argentina bergembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUSAIL – Penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi menuntut rakan sepasukannya segera melupakan kemenangan yang diraih menumbangkan Mexico 2-0 se­kali gus menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022.

Kemenangan berharga di Sta­­di­um Lusail itu menyaksikan skuad La Albiceleste melonjak ke tangga kedua Kumpulan G selepas membuka kempen dengan kekalahan mengejut 1-2 kepada Arab Saudi.

Tegas Messi, tugas mereka belum berakhir kerana Argentina masih ada satu lagi perlawanan penting yang perlu diselesaikan untuk mencerahkan peluang ke pusingan kalah mati selepas dijadual berdepan Poland pada awal pagi Khamis nanti.

“Sudah pasti kekalahan perlawanan pertama kami adalah satu kerugian. Kami tahu bahawa kami perlu mencatat kemena­ngan hari ini (semalam).

“Saya akui ia adalah perlawanan yang sukar untuk kami bangkit sejurus kekalahan terhadap Arab Saudi kerana Mexico bermain dengan cukup baik.

“Pada separuh masa pertama perlawanan kami bermain de­ngan intensiti tinggi.

“Kami tidak boleh berputus asa sekarang. Setiap perlawanan adalah perlawanan akhir buat kami. Saya harap, setiap pemain tidak melakukan sebarang kesilapan mudah,” tegas Messi.

Pada aksi tersebut, bintang sensasi Paris Saint-Germain itu memecah kebuntuan dengan membuka tirai jaringan pada minit ke-64.

Pemain tengah, Enzo Fernandez kemudiannya meledak gol kedua Argentina pada minit ke-87 untuk memastikan kemena­ngan buat pasukan itu.

Jaringan Messi dalam perlawanan itu menyaksikan dia me­nyamai rekod legenda Argentina, Diego Maradona yang menghasilkan lapan gol dan 21 penampilan di Piala Dunia.

Kemenangan tersebut memberikan harapan buat Argentina itu menamatkan penantian 36 tahun sejak kali terakhir merangkul trofi Piala Dunia pada edisi 1986 di Mexico. – AGENSI

POPULAR