fbpx
Salvemary dan anak-anaknya melihat salah sebuah kereta yang menjadi hadiah buat pengunjung MSAM bertuah di Port Dickson semalam.

Pengunjung MSAM idam hadiah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Tawaran hadiah utama berupa tiga buah kereta sempena Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) menjadi tarikan pengunjung untuk hadir program itu.

Antara kereta untuk dimenangi termasuk Hyundai Kona Electric Lite bernilai lebih RM156,000, Toyota Corolla Cross Hybrid Electric (RM140,000) dan Perodua Alza 1.5 AV (RM75,500).

Seorang peniaga, Mohd. Fir­dhaus Md. Harun, 41, berkata, dia mengetahui mengenai program itu melalui akhbar tempatan.

“Tidak salah kalau kita mencuba mana tahu ada rezeki.

“Selain hadiah utama turut ditawarkan tujuh buah motosikal untuk dimenangi. Program ini juga secara tidak langsung memberi pendedahan kepada kita cara menguruskan kewa­ngan,” katanya ketika ditemui di si MSAM di sini semalam.

Petugas menunjukkan minyak masak Alif dalam pek baharu yang dipamerkan di MSAM di Port Dickson.

Pekerja swasta, S. Salvemary, 42, berkata, dia sanggup datang dari Lukut untuk mencuba nasib.

“Harap dapat bawa pulang Perodua Alza kerana saya memang minat,” tambahnya.

Seorang anggota tentera, Fai­zam Ali, 37, berkata, dia mengambil kesempatan cuti sekolah membawa isteri dan empat anaknya berkunjung ke MSAM.

“Rugilah rasanya kalau tidak mencuba, mana tahu dapat kereta percuma? Anak-anak juga teruja dan inilah antara yang menarik di sini.

“Bagi saya bukanlah berharap sangat tetapi kalau ada rezeki tidak mustahil menang. Tetapi pada saya keseluruhannya ba­nyak manfaat kepada pengunjung yang hadir di sini,” katanya.

MSAM berlangsung selama tujuh hari bermula 24 November hingga Rabu ini turut disertai oleh syarikat strategik PNB termasuk Maybank Bhd., Sime Darby Plantation Bhd dan UMW Holdings Bhd.

Sementara itu, Sime Darby Oils Sdn. Bhd. (Sime Darby Oils) turut mempamerkan produk minyak masak terbaharu me­reka, minyak masak eco pax dalam saiz tiga kilogram.

Produk yang dimuatkan di dalam pek itu itu akan berada di pasaran tidak lama lagi.

POPULAR