fbpx

[KEMASKINI] Seorang lagi mangsa kemalangan di Kluang meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membersihkan sisa kemalangan melibatkan dua buah kenderaan sehingga meragut tiga nyawa di Kilometer 15, Jalan Kluang-Teck Wang Heng, Kluang, petang hari ini.

KLUANG – Seorang lagi mangsa kemalangan berhampiran Kampung Sungai Sayong di sini meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrain Mohd Noh berkata, mangsa, Ariffudin Khairum Ab. Ghafar, 21, disahkan menghembus nafas terakhir pada pukul 5.20 petang.

Katanya, remaja itu tidak dapat diselamatkan selepas mengalami kecederaan dalaman.

“Siasatan polis mendapati kejadian berlaku di Kilometer 15, Jalan Kluang – Teck Wah Heng kira-kira pukul 4.29 petang melibatkan sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki oleh empat sekawan yang bertembung dengan sebuah Van Camplacer membawa sebuah keluarga empat beranak.

“Laporan awal kejadian berlaku apabila kereta Proton Wira yang datang dari arah Kluang hilang kawalan sebelum bertembung dengan van dari arah bertentangan,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Bahrain, seorang lagi penumpang kereta Proton Wira serta empat beranak yang menaiki van tersebut masih dirawat di hospital sama.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan dua remaja, Muhammad Haziq Haiqal Mohd. Faizal, 20, dan rakannya, Muhammad Khairil Rosli,17, meninggal dunia di tempat kemalangan kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkuta Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI