fbpx
JDT menjadi pasukan pertama yang menyapu bersih empat trofi yang ditawarkan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Beban ditanggung Bidoglio kini terlerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEJAYAAN Johor Darul Ta’zim (JDT) melengkapkan gelaran ‘quadruple’ dengan membolot empat trofi musim ini memastikan pengendalinya, Hector Bidoglio lulus cemerlang pada musim pertama di Liga Malaysia (Liga M).

Jurulatih itu merasakan dirinya bertuah kerana dikelilingi orang yang betul untuk segera mendapat rentak sejak mula dilantik sebagai pengendali pasukan pertengahan tahun ini bagi menggantikan Benjamin Mora.

Kejayaan ini juga menamatkan keluh kesah yang menghimpit Bidoglio dan jurulatih itu juga merasakan kredit untuk aksi luar biasa Harimau Selatan musim ini wajar diberikan kepada pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Saya berdepan kesukaran sejak mula-mula tiba di kelab ini kerana pasukan sentiasa mencatatkan kemenangan dan saya perlu kekalkan semua itu. Tetapi, semua kakitangan dan pemain banyak membantu saya.

“Apabila berada di perlawanan akhir, ia akan sentiasa menjadi tugas sukar kerana pasukan lawan berikan tentangan dan kami juga sering hilang bola. Perubahan yang dibuat pada babak kedua membuahkan hasil,” katanya.

Pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin, Fernando Forestieri muncul wira Harimau Selatan apabila meledak gol kemenangan pada babak kedua untuk mengatasi Se­langor 2-1.

Terdahulu, Herlison Caion terlebih dahulu meletakkan Gergasi Merah di depan, namun ia disamakan oleh Bergson Da Silva.

Bekas pengendali kelab Argentina, Newell’s Old Boys itu juga merasakan kejayaan JDT me­nyapu bersih trofi musim ini akan meletakkan Harimau Selatan dalam situasi lebih sukar pada saingan musim depan.

“Ia menjadi musim yang hebat kepada JDT dan sekarang kami perlu berehat dan memikirkan tentang persiapan saingan tahun depan. Sudah pasti saingan tahun depan akan jadi lebih sukar kerana kejayaan kami musim ini,” katanya.

POPULAR