fbpx

Lelaki Bangladesh dicekup tular pasang Jalur Gemilang terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Jalur Gemilang yang dipasang terbalik oleh suspek di sebuah pangsapuri di Klang

KLANG – Sikap biadap seorang lelaki warga Bangladesh yang terus berdegil menurunkan Jalur Gemilang yang dipasangnya terbalik di sebuah pangsapuri di daerah ini, memakan diri apabila dicekup polis semalam.

Suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan hasil laporan penduduk mengenai isu tular berkenaan, kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, laporan itu melibatkan seorang penghuni yang bertindak memasang bendera secara terbalik di luar kediamannya.

“Pengerusi komuniti penduduk cuba menasihati namun individu itu melawan dan melakukan provokasi enggan membetulkan bendera tersebut.

“Justeru, satu laporan polis dibuat pengerusi itu bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, hasil maklumat membawa kepada penahanan suspek yang juga operator pengeluaran sebuah kilang di daerah ini.

“Lelaki Bangladesh itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya.

Tegas Vijaya Rao, tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang tidak menghormati kedaulatan dan keamanan negara ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI