fbpx

Dzulkefly sedia galas amanah, serah penentuan PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly beramah mesra dengan rakyat yang menghadiri program itu di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersedia menggalas amanah dan tanggungjawab sekiranya diberi peluang membarisi Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Namun, bekas Menteri Kesihatan itu menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menentukan barisan kepemimpinan kerajaan baharu.

Dzulkefly berkata, persediaan itu sememangnya sudah sebati dengan ahli politik termasuk beliau yang pernah memegang jawatan menteri sebelum ini.

“Saya semestinya bersedia memikul sebarang jawatan yang diberikan biarpun tidak terlalu mengharapkannya.

“Apa yang penting kini adalah terus memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri ke-10 kita dan yakin beliau dapat melunaskannya sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran Bersama Rakyat dan Jentera Pakatan Harapan (PH) di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat parlimen itu di sini.

Jelas Dzulkefly yang juga Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah), kesediaan beliau menggalas sebarang jawatan bertujuan membangunkan negara yang lebih kukuh dan utuh.

Ditanya mengenai jumlah majoriti dimenanginya lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau berkata, pihaknya membuat ‘post mortem’ berkaitan perkara tersebut.

“Ia dianggap perkara biasa tanpa mengira sama ada menang dengan majoriti besar mahupun kecil.

“Bagi saya, cara pendekatan kempen menerusi media Tik Tok dianggap tidak wajar diizinkan terutama melibatkan isu perkauman namun perlu berpolitik secara sihat,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI