fbpx

PRU15: Pas tidak sertai kerajaan bawah pimpinan Anwar Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin.

PETALING JAYA – Pas menetapkan pendirian untuk tidak menyertai Kerajaan Perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu dibuat selepas membuat pertimbangan dari pelbagai sudut dan pendapat umum yang telah dilakukan oleh parti.

Katanya juga, ia juga adalah bagi menghormati kepercayaan serta mandat yang diberikan rakyat terhadap Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

“Pas berpendirian tidak akan menyertai Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan dan DAP, demi menghormati kepercayaan dan mandat majoriti rakyat khususnya para pengundi yang telah memilih Pas dan Perikatan Nasional (PN) dalam PRU-15.

“Justeru Pas akan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan menasihati semua pihak bagi memastikan tadbir urus negara berjalan lancar dan dapat ditegakkan berpaksikan kepada prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menerusi sidang akhbar Khamis lalu, Anwar menawarkan kepada semua parti politik termasuk PN untuk menyertai Kerajaan Perpaduan yang diketuainya. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI