fbpx

Piala Dunia: Poland tangguh hajat Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI percaya Poland masih memiliki harapan dalam pertembungan dengan Perancis di pusingan 16 pada Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Thumama malam ini. – AFP

AL RAYYAN – Arab Saudi terpaksa menunggu lebih lama untuk melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022 selepas tewas 0-2 kepada Poland di Stadium Education City sebentar tadi.

Kekalahan itu menangguhkan hajat The Green Falcons yang hanya memerlukan kemenangan dalam aksi tersebut untuk mengesahkan slot awal ke pusingan kalah mati.

Begitupun, peluang Arab Saudi masih terbuka susulan kemenangan mengejut 2-1 ke atas juara Copa America, Argentina sebelum ini,

Kini, gergasi Asia di ranking ke-51 dunia itu tiada pilihan selain wajib menewaskan Mexico dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Lusail pada 1 Disember ini.

Dalam aksi sebentar tadi, Poland terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi percubaan Piotr Zielinski menewaskan penjaga gol Arab Saudi, Mohammed Al-Owais pada minit ke-39.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Herve Renard itu berpeluang menyamakan kedudukan tetapi sepakan penalti Salem Al Dawsari berjaya dinafikan penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny pada penghujung babak pertama.

Arab Saudi yang tidak pernah melepasi peringkat kumpulan sejak lolos ke pusingan 16 terbaik pada edisi 1994 di Amerika Syarikat, menggandakan asakan di separuh masa pertama.

Begitupun, ia masih gagal untuk menewaskan Szczesny yang beraksi cukup cemerlang untuk memastikan gawang Poland kebal tanpa bolos.

Segalanya sudah terlambat buat Arab Saudi apabila kesilapan pertahanan membolehkan penyerang prolifik Barcelona, Robert Lewandowski meledak gol kedua buat Poland pada minit ke-82.

Ia adalah gol pertama Lewandowski di pentas Piala Dunia selepas gagal melakukannya dalam tiga perlawanan bersama Poland sewaktu edisi 2018 di Rusia.

Bagi Poland, kemenangan itu amat berharga kerana ia kembali menghidupkan peluang mereka selepas terdahulu sekadar seri 1-1 dengan Mexico.

Namun, tugasan mencabar menanti skuad bimbingan Czeslaw Michniewicz itu perlu berdepan Argentina yang turut mendambakan kemenangan untuk mara ke pusingan seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI