fbpx

Bukan semua orang suka cuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara penyokong Selangor FC dan JDT yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Jika beberapa hari lalu dunia media sosial dibanjiri dengan isu-isu panas politik negara, malam ini ia berjaya ‘disejukkan’ dengan perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Namun persamaannya kedua-dua situasi ini dapat dilihat apabila ada dalam kalangan peminat bola yang menuntut cuti jika pasukan kegemaran menang perlawanan.

Pengguna Facebook, Mohamad Hakim antaranya, cuba ‘mengusulkan’ cuti diberi jika Selangor FC muncul juara.

“Kalau Selangor menang, harapnya cutilah hari Selasa nanti,” ujarnya yang juga bekerja sebagai guru.

Namun agak mengejutkan apabila hantaran yang dijangka akan meraih sokongan netizen, mendapat reaksi sebaliknya.

“Jangan. Banyak sangat dah kerja tertangguh. Bungkusan pelanggan banyak tak bergerak. Minggu lepas punya pun kurier tak habis,” ujar Bibi Siti Nurba.

“Cuti tu okey tapi janji temu pesakit nak kena tukar lagi. Yang Isnin pun belum habis tukar,” kongsi Salina Ismail pula.

“Sumpah ni lawak, cuti, cuti, cuti. Sabar belum habis game cikgu,” komen Azimah Aziz.

“Janganlah anak-anak UPKK cikgu,” ujar Maimun Mohamad Ali.

Sebelumnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hari cuti umum pada Isnin susulan kejayaannya menerajui kerajaan baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI