fbpx

Syed Fahmi nafi audio pakatan penjarakan Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Fazmi. (Sumber: Media sosial)

PETALING JAYA – Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Datuk Syed Fazmi Sayid Mohammad menafikan sekeras-kerasnya berkaitan penyebaran audio didakwa miliknya yang sedang tular ketika ini.

Audio tersebut merupakan perbualan di antaranya dengan bekas Ahli Parlimen Jempol yang juga Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.

Jelas Syed Fazmi melalui satu kenyataan hari ini, penularan audio palsu itu merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa rakaman audio yang tular adalah suara saya.

“Saya terkejut dan kecewa dengan penyebaran audio berkenaan yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dan bekas Ahli Parlimen Jempol Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif,” jelasnya.

Tambahnya, tindakan itu juga membuktikan usaha berterusan untuk memusnahkan reputasi saya sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Kesembilan.

“Ia juga adalah konspirasi jahat dan terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membuktikan bahawa rakaman ini adalah satu fitnah jahat.

“Saya berharap siasatan dapat dilakukan bagi mengenalpasti dalang yang bertanggungjawab di sebalik perbuatan ini,” ujarnya.

Terdahulu, isu rakaman audio antara Setiausaha Politik Ismail Sabri, Syed Fazmi dengan mantan ahli parlimen Jempol, Salim Mohd Sharif sudah beberapa hari tular di seluruh negara.

Dalam rakaman audio tersebut, Syed Fazmi dengan jelas mendesak Salim supaya bersama-sama beliau untuk membunuh kredibiliti mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Salim yang bersetuju dengan perancangan Syed Fazmi itu pula menyatakan bahawa dalam apa keadaan sekali pun Najib mesti dipenjarakan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI