fbpx
Seramai 300 orang ahli Waris Pekembar mengangkat sumpah Ikrar Sumpah Melayu, dalam perhimpunan Solidariti Presiden UMNO, di Menara Dato On, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Kami pertahankan Zahid sebagai Presiden UMNO- Waris Pekembar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lebih 300 orang penyokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Waris Pekembar Malaysia, mengadakan perhimpunan solidariti bagi menyokong Institusi Presiden UMNO, di Menara Dato On, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), hari ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Zein Isma Ismail Tekan, berkata, matlamat perhimpunan mereka adalah untuk memberi sokongan penuh kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berada di tahap mantap, padu dan kuat.

“Untuk pemilihan akan datang, siapa ingin rebut jawatan presiden, rebutlah. Jangan tolak presiden sekarang, kerana UMNO baru sahaja nak bina semula kekuatan di atas kerajaan yang baru ini.

“Orang yang sepatutnya kita tolak daripada UMNO adalah mereka yang masih degil dan tumpukan semua kesalahan kepada Ahmad Zahid.

“Saya juga menyeru rakan-rakan, para pemimpin di bahagian cawangan, dan ahli-ahli UMNO, supaya janganlah kita berpecah-belah sesama sendiri,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Ujarnya lagi, Waris Pekembar Malaysia mencari pemimpin yang menjadikan perjuangan ini sebagai ‘Fi Sabilillah’, dan bersatu menyatukan rumpun melayu.

Zein Isma turut menyeru agar rakyat Malaysia berhenti memandang serong dan menabur fitnah kepada UMNO.

Sementara itu, seorang aktivis UMNO, Zamil Ibrahim, memohon agar pihak kepimpinan atasan menyiasat semula kekalahan Barisan Nasional dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum-15 lalu.

“Tolong siasat balik mana-mana pemimpin yang sabotaj parti dan calon semasa tempoh berkempen serta mengambil tindakan terhadap mereka sebelum pemilihan parti bermula,” ujarnya.

Tambahnya lagi, tidak adil untuk sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan Ahmad Zahid kerana beliau dipilih secara adil oleh ketua UMNO bahagian seluruh Malaysia.

Di dalam perhimpunan soladiriti itu, turut dihadiri oleh pengerusi-pengerusi Waris Pekembar Malaysia dari negeri lain seperti Shahbudin Embun (Perlis), Hashim Ismail (Kelantan), Adnan Salleh (Terengganu), Mohd Rodzi Tajuddin (Batu), dan Datuk Dr. Patawari Patawe (Sabah). – KOSMO! ONLINE

POPULAR