fbpx

Ismail Sabri ucap terima kasih kepada seluruh Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

KAJANG – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada Keluarga Malaysia dan keluarga penjawat awam, terutama petugas barisan hadapan yang telah bersama-sama dengannya sepanjang beliau memegang jawatan tersebut.

Ismail Sabri dalam satu kenyataan berkata, beliau amat menghargai sokongan Keluarga Malaysia dalam membantu pentadbirannya serta ketika mendepani cabaran dan memastikan Malaysia terus berada di landasan pemulihan kesihatan, politik dan ekonomi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 hari ini.

“Saya merafakkan setinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah yang telah memperkenankan pelantikan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Saya mendoakan kerajaan baharu ini dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, pada 20 Ogos tahun lalu, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9.

Pelantikan itu selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI