fbpx

PRU15: Ketua muslimat Pas Pianggu calon baharu PN DUN Tioman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Ketua Muslimat Pas Cawangan Pianggu di Rompin, Nor Idayu Hashim,35, dipilih sebagai calon baharu Perikatan Nasional (PN) bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung 7 Disember nanti.

Suri rumah dan ibu kepada tiga orang anak itu dipilih dalam kalangan akar umbi bagi mewakili suara wanita di dalam DUN Tioman.

Nor Idayu

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, gabungan parti tersebut telah menerima surat daripada Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar mengenai calon.

“PN telah bersetuju untuk mengekalkan calon DUN Tioman bagi PRU15 ini daripada parti Pas dan calon dipilih merupakan warga tempatan dan pemilihan calon dibuat daripada kalangan pimpinan akar umbi bagi mewakili suara wanita.

“Calon dalam kalangan muslimat berkenaan antara terkenal di kalangan pemimpin wanita tempatan dan orang muda yang berupaya menyelami isi hati rakyat,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI