fbpx

Sime Darby Oils bantu Pertubuhan Amal Uncle Kentang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pemakanan Sime Darby Oils, Zaki Mohd Zin (dua dari kiri) menyerahkan replika cek kepada Uncle Kentang (dua dari kanan) di Kuala Lumpur baru-baru ini

PETALING JAYA – Sime Darby Oils telah menghulurkan sumbangan lebih daripada RM17,000 kepada Pertubuhan Amal Uncle Kentang sebagai usaha untuk memudahkan pertubuhan tersebut melaksanakan kerja-kerja amal bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Sumbangan tersebut diperoleh melalui kempen #SayaDanNatrieo yang telah diadakan dari April hingga Jun lalu, yang mana syarikat berjaya menjual lebih daripada 3,000 botol produk ­suplimen, Natrieo Tri E Tocotrienols di seluruh negara.

Melalui penganjuran kempen tersebut, setiap botol yang dijual, sebanyak RM5 disalurkan oleh Sime Darby Oils kepada dana amal tersebut.

Pengarah Urusan Sime Darby Oils, Mohd. Haris Mohd. Arshad berkata, pihaknya gembira kerana kempen tersebut telah mendapat sambutan positif terhadap usaha syarikat untuk menyantuni golongan memerlukan.

“Selaras dengan Budaya Prihatin Sime Darby Oils, kami berharap untuk meneruskan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Amal ­Uncle Kentang kerana mereka memainkan peranan penting dalam ­menyokong golongan kurang mampu,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan di sini semalam.

Pertubuhan Amal Uncle Kentang ditubuhkan oleh dermawan dan aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih mesra dipanggil Uncle Kentang.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM10,000 daripada dana yang disumbangkan oleh Sime Darby Oils akan disalurkan kepada Pusat Al-Mahmudah, iaitu sebuah rumah amal untuk 45 warga emas bagi membantu menampung perbelanjaan operasi harian.

Baki sumbangan akan digunakan untuk membeli katil hospital elektrik bagi pesakit yang memerlukan rawatan paliatif.

Di samping itu, sempena Bulan Kesedaran Kanser Hati, syarikat mengumumkan ­inisiatif #JagaHatiDenganNatrieo yang menggalakkan rakyat mengambil langkah proaktif untuk mencegah penyakit itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI