fbpx

‘Tiada Anwar, Tiada DAP, saya rela dipecat’ – Hishammuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin pada hantaran di Facebooknya.

PETALING JAYA – Penyandang kerusi Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi menegaskan beliau tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Malah katanya di Facebook, beliau rela dipecat daripada terpaksa menerima sebarang kerjasama dengan parti tersebut.

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, tetap menolak kerjasama dengan PH.

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

“No Anwar, no DAP. Pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya.

Sebelumnya, Kosmo! melaporkan bahawa Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan mempunyai jumlah sokongan majoriti dan yakin akan diberi peluang untuk memerintah negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI