fbpx

PRU15: Ahmad Zahid menang tipis di Bagan Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

IPOH – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menang di kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti tipis sebanyak 348 undi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu memperoleh 16,578 undi menewaskan pencabar utamanya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin daripada Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 16,230 undi.

Dua calon lain iaitu Dr. Muhammad Faiz Na’aman daripada Perikatan Nasional (PN) mendapat 8,822 undi manakala Tawfik Ismail yang bertanding sebagai calon Bebas mendapat 226 undi sekali gus hilang deposit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI