fbpx

[VIDEO] Muhyiddin pengerusikan mesyuarat MT Bersatu malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

SHAH ALAM – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Bersatu, sebentar tadi.

Mesyuarat diadakan di Glenmarie Hotel & Golf Resort itu turut dihadiri antaranya Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin; Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun; Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof.

Difahamkan, mesyuarat itu bagi membincangkan berkaitan penubuhan kerajaan susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.

Terdahulu, Muhyiddin memaklumkan yakin mempunyai sokongan mencukupi ahli-ahli Dewan Rakyat untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Pengerusi Perikatan Nasional itu menegaskan dua pemimpin daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menyatakan sokongan serta kepercayaan kepadanya untuk dilantik mengetuai kerajaan Pusat selain beberapa Ahli Dewan Rakyat lain juga telah memberikan komitmen sama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI