fbpx

PRU15: ‘Saya tiada pilihan lain, harap Tok Mat menang bergaya’ – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin selesai membuang undi bagi Parlimen Rembau hari ini sempena PRU15.

REMBAU – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan beliau telah selesai membuang undi di kampungnya, Parlimen Rembau pagi ini dengan memberi sokongan penuh terhadap calon BN di sana, Datuk Seri Mohamad Hasan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Saya berasa gembira dapat balik Rembau untuk mengundi, saya telah mengundi untuk Mat Hasan (Tok Mat) tadi.

“Saya kena bagi tahu, saya tidak ada pilihan lain dan beliau memang calon pilihan saya di Rembau.

“Saya harap beliau menang dengan bergaya di sini. Insya-Allah,” katanya kepada pemberita selepas selesai membuang undi di Sekolah Menengah Agama Hj. Mohd. Yatim, Kota, Rembau pagi tadi.

Sementara itu, Penyandang kerusi Parlimen Rembau itu berharap agar kehadirannya di Sungai Buloh akan mendapat sokongan pengundi tempatan dengan memberi peluang kepadanya untuk berkhidmad sebagai Ahli Parlimen.

Katanya lagi, beliau tetap akan membantu penduduk di Rembau meskipun tidak lagi menjadi wakil rakyat di sana.

Jelasnya, banyak memori beliau di Parlimen Rembau yang tidak mungkin dapat dilupuskan dari ingatan.

“Banyak sangat 14 tahun nak menyingkap kembali memori yang indah… Tetapi saya tak tinggalkan Rembau. Saya masih lagi ahli (UMNO) di sini.Walaupun saya di Sungai Buloh, masih boleh berkhidmat di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut mengingatkan pengundi untuk keluar awal mengundi dan disebabkan cuaca tidak menentu digalakkan membawa payung serta memakai pelitup muka.

“Saya harap semua berjalan lancar dan pengundi di Sungai Buloh juga dapat memberikan kepercayaan kepada saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI