fbpx

Kerusi sekolah berusia 20 tahun curi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kerusi di pusat mengundi yang sudah berusia 20 tahun.

PETALING JAYA – Sebuah kerusi di pusat mengundi mendapat perhatian orang ramai apabila kelihatan ‘uzur’ kerana sudah berusia 20 tahun.

Gambar kerusi tersebut telah dimuat naik di Twitter @evvok dan turut tular di platform media sosial berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan di mana gambar sebuah kerusi dengan tarikh 2002 itu diambil.

“Gila kerusi sekolah ini 20 tahun dah, entah anak murid dia ada yang dah jadi CEO ke apa,” ciapnya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut berkongsi keadaan perabot di sekolah yang dijadikan pusat mengundi yang dianggap sudah agak uzur.

“Bila pergi mengundi tadi sedihlah tengok keadaan sekolah. Nampak macam tak cukup dana, sudah tahun 2022 tapi seperti tidak terjaga,” kata @Nassrol.

“Kerusi ini kalau dah uzur, silap duduk boleh tersepit paha. Allahu seksanya rasa. Kadang siap ada kepala paku terkeluar, sagat dekat seluar,” kata @mytheorem.

“Dekat sekolah di semenanjung pun begini, Sabah Sarawak entah macam mana,” kata @ferfarfer.

“Teringat pula masa sekolah dulu, teruja masa dapat kerusi ini sebab dikira kerusi baru. Tak sangka sekarang dah jadi kerusi ‘lagend’,” kata @adora.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah mendapat lebih 19,000 tanda suka dan 11,000 ulang ciap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI