fbpx

PRU15: GTA ‘memilih’ gabungan bentuk kerajaan jika menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir semasa berucap Majlis Kebangkitan Rakyat Kelantan Bersama Negarawan di Kampung Kubang Rawa, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZZMAN

KOTA BHARU – Gerakan Tanah Air (GTA) tidak akan sewenang-wenangnya memilih gabungan parti-parti politik tertentu untuk membentuk kerajaan sekiranya tiada parti yang mampu menang dengan majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, GTA lebih selesa berada di posisi pembangkang selepas PRU15 berbanding bekerjasama dengan parti-parti tertentu.

“Kita akan pilih parti (bekerjasama bentuk kerajaan) dan yang pasti ia bukan parti tebuk atap atau parti ‘Bossku’.

“Parti seperti ini kita tidak akan bekerjasama dan lebih baik jadi pembangkang. Tetapi, ada parti-parti lain di Sabah dan Sarawak yang kita boleh bekerjasama dengan mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Kebangkitan Rakyat Kelantan Bersama Negarawan di Kampung Kubang Rawa di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir yang juga calon GTA di Parlimen Langkawi berkata, setakat ini, tiada gabungan yang datang mendekati GTA untuk bekerjasama selepas PRU15.

“Tiada siapa yang ‘approach’ (dekat) dengan kita. Kita pun tidak ‘approach’ sesiapa (untuk bentuk gabungan selepas PRU15),” katanya.

Mengulas mengenai kerusi yang ditandinginya pada PRU15, Dr. Mahathir yakin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada pilihan raya kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI